Powered By Blogger

Friday, March 26, 2010

Contoh Gambar T-Shirt Yang Telah Siap



Keutamaan Perbesama Enterprise

Keutamaan syarikat adalah dalam pembuatan pakaian bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti T-shirt, baju korporat, baju melayu, beg kain, baju uniform dan tuala cenderahati.

Perbesama Enterprise, memiliki kemudahan dan kepakaran dalam jahitan pakaian, printing dan sulaman (embroidery). Kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yang besar,kecil dan bergantung kepada rundingan dan kemampuan kami untuk membekalkan dalam sesuatu masa.

Pelangan boleh mencipta rekaan pakaian itu mengikut citarasa sendiri atau mengikut khidmat rekabentuk pihak kami. Pelanggan juga mempunyai pilihan terhadap rekabentuk T-shirt atau rekabentuk yang sedia ada dalam simpanan atau katalog kami.

Pada masa ini pihak kami mengutamakan permintaan dan tempahan sekitar ipoh dan perak, walaubagaimanapun pihak kami akan mempertimbangkan permintaan dari luar perak dengan menghantar wakil yang telah dilantik bagi sesuatu kawasan .

Bagi permintaan atau tempahan dari luar ipoh dan perak, kami menyarankan pihak pelanggan menghantar lakaran atau design terlebih dulu beserta warna, kuantiti dan saiz pada kami melalui email perbesama@gmail.com ,yang mana pihak kami akan menghantar sebut harga bagi rekabentuk tersebut. Sekiranya pihak pelanggan besetuju dengan sebut harga yang kami tawarkan pihak kami akan menghantar wakil bagi rundingan seterusnya.

Bagi pelanggan yang tidak memiliki idea dalam rekabentuk pakaian yang hendak ditempah, pihak pelanggan boleh meminta khidmat nasihat pihak kami dengan memberi maklumat penuh berkaitan jenis pakaian, warna,tujuan dan konsep pakaian.

Monday, March 1, 2010

LAIN-LAIN PRODUK KELUARAN & PERKHIDMATAN SYARIKAT

Kami menerima tempahan pakaian seperti Baju-T, Baju Kurung Wanita & Baju Melayu. Kami juga mengambil tempahan blazer/jaket, topi, beg & sebagainya.

Kami turut juga menyediakan perkhidmatan membeli/membalut cenderamata, menyediakan banner perniagaan ataupun bertujuan promosi bagi pengurusan majlis serta banyak lagi.









Thursday, February 11, 2010

Pengenalan Syarikat

Blog ini bertujuan untuk menyampaikan informasi Syarikat Perbesama Enterprise untuk tatapan awam mengenai latar belakang serta hasil keluaran produk syarikat.

Perbesama Enterprise ditubuhkan awal tahun 2009 bagi mengisi ruang permintaan membuat design baju-t, beg, topi & sebagainya. Kini kami mengambil tempahan daripada jabatan kerajaan, syarikat korporat swasta, peniaga kecil-kecilan serta institut pengajian seperti sekolah dan juga kolej/universiti.

Syarikat kami mempunyai kakitangan yang berdaya aktif, terlatih dalam menghasilkan rekaan & mutu produk yang berkualiti tinggi serta mempunyai cita rasa profesional. Lebih-lebih lagi produk kami dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Dengan Perbesama Enterprise, anda sebagai konsumer tidak perlu lagi melalui kesukaran untuk mendapatkan rekaan yang menarik dengan harga yang tinggi berbanding syarikat lain. Pilih kami, untuk memudahkan urusan serta masa anda.