Powered By Blogger

Friday, March 26, 2010

Keutamaan Perbesama Enterprise

Keutamaan syarikat adalah dalam pembuatan pakaian bagi memenuhi permintaan pelanggan seperti T-shirt, baju korporat, baju melayu, beg kain, baju uniform dan tuala cenderahati.

Perbesama Enterprise, memiliki kemudahan dan kepakaran dalam jahitan pakaian, printing dan sulaman (embroidery). Kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yang besar,kecil dan bergantung kepada rundingan dan kemampuan kami untuk membekalkan dalam sesuatu masa.

Pelangan boleh mencipta rekaan pakaian itu mengikut citarasa sendiri atau mengikut khidmat rekabentuk pihak kami. Pelanggan juga mempunyai pilihan terhadap rekabentuk T-shirt atau rekabentuk yang sedia ada dalam simpanan atau katalog kami.

Pada masa ini pihak kami mengutamakan permintaan dan tempahan sekitar ipoh dan perak, walaubagaimanapun pihak kami akan mempertimbangkan permintaan dari luar perak dengan menghantar wakil yang telah dilantik bagi sesuatu kawasan .

Bagi permintaan atau tempahan dari luar ipoh dan perak, kami menyarankan pihak pelanggan menghantar lakaran atau design terlebih dulu beserta warna, kuantiti dan saiz pada kami melalui email perbesama@gmail.com ,yang mana pihak kami akan menghantar sebut harga bagi rekabentuk tersebut. Sekiranya pihak pelanggan besetuju dengan sebut harga yang kami tawarkan pihak kami akan menghantar wakil bagi rundingan seterusnya.

Bagi pelanggan yang tidak memiliki idea dalam rekabentuk pakaian yang hendak ditempah, pihak pelanggan boleh meminta khidmat nasihat pihak kami dengan memberi maklumat penuh berkaitan jenis pakaian, warna,tujuan dan konsep pakaian.

No comments:

Post a Comment